Wednesday, July 4, 2012

Di dalam Sejarah Melayu, Sang Rajuna Tapa adalah seorang bendahara di pemerintahan Sultan Iskandar Shah di Singapura dulu. Kerana dengki dan iri hati dari sesetengah pihak di istana, beliau sekeluarga telah difitnahkan. Anak perempuan beliau, yang dikatakan seorang yang rupawan telah diambil sultan untuk dijadikan sebagai gundik walaupun ia nya telah pun di tunangkan dengan jejaka idaman nya sendiri, seorang panglima. Kerana mengikutkan kehendak sultan, sang rajuna tapa reda anak nya dijadikan gundik walaupun hati nya remuk mengenangkan nasib yang menimpa. Anak perempuan sang rajuna tapa menjadi gundik kesayangan sultan yang membangkitkan lagi rasa ketidak-puasan hati gundik gundik yang lain dan sang permaisuri.

Untuk dipendekan cerita, sang panglima yang masih merindui kekasihnya datang di istana secara senyap untuk berjumpa dengan nya. Saat ini lah yang ditunggu tunggu orang yang sememangnya iri-hati keatas kejayaan bendahara dan anak nya untuk memfitnah mereka berdua. Mereka ditangkap dan diheret di sekeliling kampung dan kemudian nya disula dikhayalak ramai. Sang rajuna tapa rebak mengenangkan nasib yang menimpa. Kerana terdesak dengan ketidak adilan sultan yang menghukum tanpa usul periksa, beliau mengutus surat ke betara majapahit untuk menyerang Singapura. Dan disaat getir anak nya disula, sang rajuna tapa membuka pintu gerbang kota untuk memberi laluan pasuka majapahit untuk menyerang. Habis satu kota bermandikan darah dan sultan bersama pengikut pengikutnya larikan diri ke Muar. Mengikut sejarah melayu, sedang sang rajuna tapa dan isteri nya bersiap untuk melarikan diri, dengan kehendak Allah, mereka berdua bertukar menjadii batu...

Begini lah yang tersirat di sejarah melayu yang mengikut cerita; ditulis oleh Tun Seri Lanang, bendahara diraja kerajaan Johor pada 1612 atas perintah sultan Alaudin Riayat Shah. Cerita dan hikayat yang termaktub di sejarah melayu, jika diselidiki, lebih cenderung untuk "mengagung-agungkan" kedaulatan raja walau bagaimana zalim dan tidak adilnya si raja yang berkuasa di waktu itu. Kita baca tentang sumpah sultan mahmud shah bila beliau ditikam oleh megat seri rama atau laksamana bentan; akan bermuntah darah jika menjejak di bumi kota tinggi sampai tujuh keturunan nya. Bagaimana pula perihal ketidak-adilan yang menimpa Hang Tuah? Atau kezaliman sultan ke atas dang anum, isteri laksamana bentan. Kedaulatan sultan / raja masih jelas tertera di dalam sejarah melayu walau bagaimana zalimnya sultan itu.

Apa kah salah seorang rakyat memperjuangkan hak mereka atau menuntut keadilan yang selama ini raja raja melayu abaikan? Ataukah mereka yang menetang sultan harus di labelkan sebagai pendurhaka atau pengkhianat justeru kerana mereka ingin menegakan keadilan. "Raja adil raja disembah, raja zalim, raja disanggah!" itu lah yang dikatakan hang jebat pada tuah. Salahkah jebat memberontak demi menuntut keadilan untuk seorang sahabat?

Kita, melayu diperadaban kini, biarlah mendongak sejenak mengenangkan peristiwa peristiwa ini. Ada hikmah nya. Melayu sekarang tidak akan "layu" selama nya. Perjuangkan lah keadilan walaupun dimata sesetengah pihak, kita di anggap "pengkhianat bangsa". Kerana suara kita lah, kemungkinan melayu ini akan tetap wujud untuk selamanya, insyallah.